Dengan ini, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan Jurutera Perunding Zaaba Sdn. Bhd. akan mengadakan kolaborasi dalam menjayakan aktiviti berikut:
Membuka peluang dalam perkongsian kepakaran, peralatan dan kemudahan fasiliti
Bekerjasama dalam perundingan latihan dan pensijilan yang berkaitan
Bekerjasama dalam penambahbaikan silibus dan kurikulum
Bekerjasama dalam penyelidikan, penerbitan, inovasi dan pengkomersialan
Menyediakan dan memudahcara peluang untuk pelajar dan pensyarah menjalani Latihan Industri (LI)/ Latihan Industri Berstruktur (LIB)/ Work-Based Learning (WBL)/ Sangkutan Industri Pensyarah (SIP) dan
Program-program kerjasama lain yang dipersetujui bersama
Dokumen ini akan mula berkuatkuasa pada tarikh ditandatangani dan akan kekal berkuatkuasa bagi tempoh TIGA (3) tahun.
Dokumen ditandatangani pada 15 Mei 2023.